top of page
  • Whatsapp
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • YouTube
  • Whatsapp

Antara Soalan Lazim..

Adakah saya perlu mengambil vaksin sebelum mengerjakan Umrah?

Ya, vaksin meningitis (ACWY) diwajibkan. Sesetengah syarikat juga memerlukan vaksin COVID-19 mengikut garis panduan semasa.

Bolehkah wanita mengerjakan Umrah tanpa mahram?

Boleh, bagi wanita berumur 18 tahun ke atas, tertakluk kepada kelulusan visa dan syarat semasa pihak Arab Saudi.

Apakah perbezaan antara pakej ekonomi dan premier?

Pakej ekonomi biasanya melibatkan penginapan bertaraf 3 bintang dan lokasi agak jauh, manakala VIP melibatkan hotel bertaraf 5 bintang berdekatan Masjidil Haram atau Masjid Nabawi.

Bolehkah saya pergi Umrah lebih daripada sekali dalam setahun?

Ya, tiada had untuk mengerjakan Umrah, selagi visa, kesihatan dan kewangan mengizinkan.

Apa yang perlu saya lakukan jika hilang pasport semasa di sana?

Segera lapor kepada mutawwif/agensi dan ke kedutaan Malaysia di Arab Saudi untuk bantuan.

Mengapa ada pakej Umrah mahal dan ada pakej Umrah murah?

Harga pakej Umrah berbeza kerana hotel yang dekat dengan Masjidil Haram atau Masjid Nabawi lebih mahal kerana menawarkan keselesaan dan kemudahan berjalan kaki singkat, manakala hotel yang jauh lebih murah tetapi memerlukan jemaah menaiki bas atau berjalan lebih lama untuk ke masjid.

Copyright © Admin Al Hijjrah Vacation Sdn. Bhd.

bottom of page